Tuesday, 4 December 2012

Komunikasi Dalam Matematik



Komunikasi yang berkesan boleh dilaksanakan melalui kaedah berikut :

Komunikasi secara lisan
Komunikasi secara lisan merupakan proses interaksi yang aktif yang melibatkan aktiviti-aktiviti psikomotor seperti melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan menghidu. Komunikasi secara lisan dilaksanakan sebagai hubungan dua hala antara guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan. Antara komunikasi secara lisan yang berkesan dan bermakna bagi pembelajaran matematik adalah seperti berikut :

  • Bercerita dan bersoal jawab dengan menggunakan perkataan sendiri
  • Menyoal dan menjawab soalan
  • Temu bual berstruktur dan tidak berstruktur
  • Perbincangan dalam bentuk forum, seminar, perbahasan, sumbang saran dan sebagainya
  • Perbentangan dapatan tugasan


Komunikasi Secara Bertulis
Komunikasi secara bertulis merupakan proses penyaluran idea dan maklumat tentang matematik yang dipersembahkan secara bertulis. Kerja bertulis biasanya dihasilkan daripada sumbang saran, perbincangan dan pemikiran yang boleh dilaksanakan melalui tugasan. Penulisan juga boleh menggalakkan murid untuk memikirkan isi kandungan matematik dan melihat perhubungan antara konsep-konsep dengan lebih mendalam. Antara komunikasi secara bertulis yang boleh dilaksanakan melalui tugasan adalah seperti berikut:

  • Latihan
  • Jurnal
  • Buku Skrap
  • Folio
  • Portfolio
  • Projek
  • Ujian bertulis


Komunikasi Secara Perwakilan

Perwakilan sebagai proses menganalisis sesuatu masalah matematik dan menterjemahkan daripada satu mod ke mod yang lain. Perwakilan matematik membolehkan murid menghubungkaitkan antara idea matematik yang tidak formal, intuitif dan abstrak dengan bahasa harian murid. Contohnya ; 6xy boleh dihuraikan sebagai luas bagi satu kawasan berbentuk segi empat tepat dengan panjang sisi-sisinya, 2x dan 3y. Ini dapat menyedarkan murid bahawa sesetengah kaedah perwakilan itu lebih berkesan dan berguna jika mereka mengetahui penggunaan elemen perwakilan matematik tersebut.




2 comments:

  1. info yang baik dan menarik...

    ReplyDelete
  2. Komunikasi juga dapat diaplikasikan dallam matematik. Matematik sangat menarik dan ada keistimewaannya tersendiri. :)

    ReplyDelete