Friday, 19 October 2012

RPH TAHUN 5


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

Mata pelajaran                :Matematik
Kelas                              :Tahun 5 Amanah
Tarikh                             :25 April 2012
Masa                               :8.00 pagi – 8.30 pagi (30 minit)
Bilangan murid                 :25 orang
Bidang pelajaran              :Pecahan
Objektif pembelajaran      :Menamakan dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
Hasil pembelajaran           :Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

1.       Menguasai isi kandungan
a.       Menamakan dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
2.       Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a.       Menterjemah dan mengaplikasikan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 dari gambar rajah diberi
3.       Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a.       Yakin diri dan patuh arahan guru dalam menjalankan aktiviti

Konsep/prinsip/hukum/teori: Pecahan wajar penyebutnya kurang daripada 10

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
1.       Kek     -  1 biji
2.       Pisau    -  1 bilah
Nilai murni: Berhati-hati semasa menggunakan pisau semasa memotong kek.
Pengetahuan sedia ada: Murid telah mempelajari pecahan wajar

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Menama pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan simulasi memotong kek hari lahir
Murid memberi perhatian

Strategi/
Teknik:
Tunjuk cara
Menstruktur/ Menstruktur semula idea
(10 min)
Menama dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
Mengutarakan satu persoalan utama:
1)Berapakah pecahan kek yang telah dipotong?
2) Berapa pecahan kek yang telah guru ambil dan diletakkan dalam piring?
3) Menyoal soalan lain

Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, diberi penerangan kumpulan kecil
Murid memberi respon









Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil
KBKK:
Menterjemah dan mengaplikasi

Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas

Sikap saintifik dan nilai murni:
Yakin diri dan patuh arahan
Aplikasi Idea
(10 min)
Menama dan menulis pecahan wajar  yang penyebutnya hingga 10 secara bertulis
1)Membahagikan murid kepada 5 kumpulan
2)Memberikan setiap kumpulan kit pecahan beserta soalan.

Murid menyelesaikan masalah dan menjawab soalan dalam kumpulan
Strategi:
Perbincangan kumpulan
Refleksi/
Penutup
(5 min)
Menama dan menyatakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 secara lisan
 Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek. Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan
Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz .
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Strategi:
Perbincangan kumpulan

3 comments:

  1. perancangan pengajaran yang baik dan aktiviti yang menarik

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Siti. Rancangan Pengajaran yang baik. Saya ambil sebagai rujukan. Terima kasih.



    ReplyDelete